Tip Penulis Ebook
May 21st, 2008 by admin | Filed under tip menulis ebook.
Ebook mengenai ‘bagaimana hendak menghasilkan ebook’ banyak sudah terdapat di pasaran.Antara yang saya suka adalah Rahsia Penulis Ebook hasil karya Shamsuriyadi.
Ebook mengenai ‘bagaimana hendak menulis ebook’ adalah satu lagi aspek yang kurang mendapat perhatian.Setiap penulis memiliki teknik mereka yang sendiri.
Tetapi bagaimana jika anda mengalami kebuntuan idea? Apa yang nak di tulis?
Beberapa tip di bawah mungkin menyuluh jalan untuk anda.
- Buat Duit. Topik yang cukup panas.Jika anda ada formula buat duit di internet kongsikan bersama orang lain dengan menghasilkan ebook buat duit.
- Hobi/Kraftangan. Semua ada kemahiran dan hobi.Katakan hobi anda adalah ‘termenung‘(ini saya biasa jumpa di majalah URTV masa saya remaja dulu dalam ruang Kembang Setaman),ceritakanlah teknik termenung yang menghiburkan atau boleh dihasilkan satu ebook cerita pendek .Kemudian jual lah dalam forum novel.
- Teknologi.Katakan anda membeli kamera digital.Kemudian anda bawa pulang dan cuba menggunakan nya.Tetapi ada ketika anda mengalami masalah dengan nya.Terlalu banyak arahan dan ciri-ciri yang anda tidak faham.Kalau lah ada ebook yang menerangkan cara yang mudah,pantas dan menyeronokkan,sudah pasti ramai yang mahu membelinya.
- Membeli Belah Cara Online.Ramai yang masih takut ditipu,atau tak tahu macam mana nakĀ beli cara online.Atau ramai yang nak tahu cara bina web kedai online.Hasilkan ebook maklumat supaya ramai yang yakin membelilah cara online.Kalau nak niche lagi,buat ebook tentang membeli dan menjual di Lelong.com.
- Dating/Perhubungan.Bagaimana hendak kekal hingga ke anak cucu,bagaimana mencari teman,bagaimana mengelak perceraian atau bagaimana menjadi ibubapa yang baik.Ini topik yang orang suka.Anda bolah cari ilham jika anda teroka laman web sosial.
Tags: writing tips


