Pendapatan 4 Angka Sebulan Dengan E-Book
Powered by MaxBlogPress  
Home     Wordpress     Codex

Perkara Apa Nak Di Tulis

May 22nd, 2008 by admin | Filed under tip menulis ebook.

Topik dah ada,tapi tak tahu pulak nak tulis apa.

Anda biasa alami tak perkara sebegini ? Kalau tanya saya, memang selalu otak saya kena block hal-hal macam ni.Untuk mengatasi hal macam ni,saya cuba lah mencari apakah ada rahsia yang dapat membongkarkan masalah ini.

Akhirnya saya jumpa sedikit sebanyak cara nak bina idea

  1. Cungkil daripada rakan.Jika saya nak buat topik ‘buat duit‘ saya lawati blog rakan-rakan yang otai tentang teknik buat duit.Ambil sedikit sebanyak idea mereka dan olah menjadi gaya saya sendiri.Pada saya idea bukan lagi hak milik seseorang 100%,tetapi tulisan di ebook barulah hakcipta anda sendiri.
  2. Menggunakan pengalaman masa silam.Jika nak buat topik pasal rumahtangga bahagia cuba gunakan pengalaman ngeri dan peristiwa krisis rumahtangga sebagai maklumat untuk ebook.Boleh juga bertanya kawan-kawan tentang kehidupan krisis rumahtangga.Hasilnya anda boleh mencipta ebook panduan mengelak krisis rumahtangga.Macam mana? Ok tak? OK lah tuu…!
  3. Menjadi pendengar yang baik.Mendengar lebih efisyen daripada anda terus mendominasi perbualan,kerana anda akan mengumpul maklumat yang banyak.Apa pun nanti anda yang akan tapis apa yang nak anda gunakan di dalam ebook nanti.Katakan anda dah pilih topik remaja ..cubalah pergi ke pusat beli belah dan bertenggek berhampiran mereka,kemudian dengar apa yang mereka cerita.Mesti ada banyak topik yang panas-panas sebab mereka ini lebih open dalam perbualan.
  4. Tengok TV atau Wayang. Astro salah satu tempat anda boleh dapat maklumat.Contoh nya anda melihat Discovery Channel tentang suku asli di Nusantara.Di andaikan topik yang anda nak buat adalah tentang pelancongan di Malaysia, anda boleh tambah lebih niche lagi dengan topik orang asli di Malaysia yang boleh di kunjungi oleh pelancong untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
  5. Bermain dengan abjad.Mula dengan huruf A, dan topik anda adalah ‘jodoh’ maka A-andartu, B-bujang, C-cemburu, D-duda, E-engagement, F-fasakh dan seterusnya.
  6. Jalankan temuduga.Senarai beberapa soalan tentang topik pilihan dan kemudian ajukan soalan kepada sesiapa saja di group,atau forum,atau blog anda sendiri.Dah dapat maklumbalas boleh lah digubah menjadi sebuah ebook.

Tags:

Share Your Thoughts