Rahsia Perniagaan Digital
Powered by MaxBlogPress  
Home     Wordpress     Codex

Mentadbir Penulisan Ebook : 1

May 23rd, 2008 by admin | Filed under tip menulis ebook.

Jika anda mentadbir atau mengurus penulisan ebook sebelum anda bertindak menjual nya, maka anda telah berada pada jalan yang betul .Kerja penulisan akan menjadi begitu mudah sekali.

Jadi, bagaimana caranya anda dapat mentadbir kerja menulis ini?

Katakan sekarang anda sudah ada topik untukmenulis.Maka langkah seterusnya sudah tentulah mentadbir dan menyusun supaya ebook anda nampak profesional.

Ingatkan diri anda.Apabila anda bersedia menulis sentiasalah mengingatkan diri anda tentang perkara berikut.

  • apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada pembaca?
  • apakah fokus ebook anda?
  • apa yang membezakan ebook anda dengan pesaing?
  • jenis kajian yang bagaimana anda perlu buat untuk menghasilkan ebook anda?
  • boleh percayakah ebook anda dimata pembaca tentang apa yang anda ingin sampaikan?

Cari pasaran ebook anda.Perkara yang ditakuti oleh kita semua adalah kalau ebook tak laku.Bagus;ah jika anda rasa begitu kerana ini bermakna anda bersedia untuk mengenalpasti dahulu berapa ramai yang berminat tentang topik anda.Produk yang bernilai RM10 hingga RM30 nampak murah tetapi anda tetap untung kerana terdapat kira-kira 15,000 orang yang mencari nya.Jika anda berjaya jual kepada 1500 orang anda sudah dapat RM1500 untuk satu ebook kalau lah ebook anda berharga RM10 sebuah.

Bezakan ebook dari pesaing.Ebook anda mesti unik dari pesaing.Oleh itu penulisan ebook anda mengandungi ciri-ciri sama ada

  • istimewa dan tidak terdapat di mana pasaran pun.hanya boleh didapati melalui anda sahaja
  • ada tawaran bonus yang sukar dilepaskan
  • ada format contoh nya ebook anda jika dibeli boleh mendatangkan pendapatan berulangan kepada pembaca

Tags:

Share Your Thoughts