Pendapatan 4 Angka Sebulan Dengan E-Book
Powered by MaxBlogPress  
Home     Wordpress     Codex

Mengekalkan Motivasi Dalam Menulis Ebook

May 27th, 2008 by admin | Filed under tip menulis ebook.

Ada ketika apabila sampai satu masa anda rasa tersangkut dalam menghasilkan ebook.Ini berlaku kerana ada kekurangan unsur motivasi.Motivasi menulis bagaikan booster untuk bertindak kepada tahap seterusnya.

Bagi mengekalkan tahap motivasi yang tinggi untuk terus berkarya ada cara yang boleh dibuat.

  • Berlaku jujur.Cerita lah secara jujur sesuatu perkara walaupun anda tahu ia akan mengundang parah.Contoh nya anda tak puas hati tentang pembaca yang selalu disuap apa saja maklumat berguna untuk mereka.Anda mahu mereka cari sendiri dan berusaha.Saya rasa ramai yang akan bersetuju dengan anda selepas ini.Atau anda akan mendapat maklum balas yang tak disangka-sangka.Akhirnya anda jadi bermotivasi.Cuba anda baca post yang ditulis oleh saudara Zul Smartusaha di sini dan anda akan saksikan maklumbalas yang diterima olehnya.
  • Bersifat terbuka.Cuba tulis perkara yang agak terbuka untuk memberi peluang orang melihat anda.Contoh nya jika anda seorang atlit berjaya ,anda cerita lah tentang aktiviti tolong menolong membasuh pinggan,cuci rumah dan sebagainya.Ia tidak ada kena mngena langsung dengan kerjaya anda tetapi itu jugalah yang dilalui oleh lelaki yang lain.
  • Berikan ganjaran.Jika anda telah selesai sesuatu penulisan ,jangan lupa berikan ganjaran atau hadiah untuk diri anda sendiri.Ini dapat mengekalkan tahap motivasi anda untuk menulis.Saya selalu beli 10 keping polibeg pokok jika saya dapat siap satu report walaupun saya tak publish lagi.
  • Senaman.Bagi peluang badan anda bersenam.Ini boleh mengekalkan kecergasan badan dan minda.Minda anda perlu berehat seketika supaya dapat mengumpul idea dikemudian hari.

Tags: ,

Share Your Thoughts