Siapa Kumpulan Sasaran Anda?
June 4th, 2008 by admin | Filed under pemasaran.
Mula-mula sekali anda ada kemahiran.Katakan kemahiran anda adalah sentiasa taat dan berdisiplin dalam membuat sebarang tugas.Ramai yang sukar untuk mengamalkan sikap berdisplin dalam hidup mereka.Maka di sini kumpulan sasaran anda adalah remaja bermasalah,kakitangan yang bermasalah,atau masalah pembangunan diri.
- kemahiran anda - tahu berdisplin dalam kehidupan
- kumpulan sasaran - remaja ,kakitangan kerajaan,topik pembangunan diri
Kemudian cari apakah keperluan mereka
Kaedah untuk mencari beberapa kumpulan sasaran boleh dilakukan dengan bermacam -macam cara.
Antaranya:
1. melalui carian Internet
- group
- bilik sembang
- forum
2. akhbar dan majalah
Kemudian kutip maklumat tentang masalah yang sering timbul pada kumpulan tersebut.Tulislah penyelesaian yang anda memang pakar dalam hal tersebut.Pada peringkat ini point-point agak berselerak danĀ tidak perlu menyusun nya lagi.
Pada satu masa yang anda sendiri tetapkan,maka susun semula mengikut bab-bab dan isi-isi yang nampak mudah di mata mereka.
Anda ada sebuah ebook yang dah sedia untuk dilancarkan.
Tags: pemasaran


