Kelebihan Menghasilkan Ebook
September 3rd, 2008 by admin | Filed under ebook.
Banyak cara untuk berniaga didalam online pada ketika ini tetapi adakah ebook masih mendapat tempat dan kelebihan nya.
Pada saya ia tetap memberikan penangan nya yang tersendiri .Ada beberapa faktor yang menyebabkan saya lebih cenderung kepadanya
Antaranya adalah
1. Hasil ciptaan sendiri
Anda dengan mudahnya dapat menghasilkan sendiri ebook anda tidak kira apa topik yang anda mahukan.Tidak perlu kepada kemahiran yang tinggi bagi menghasilkan ebook.
2. Kos yang Murah
Kos cetakan dan pengedaran tidak ada dalam diari penghasilan ebook.Jika ada yang nak beli anda boleh terus hantar link download kepada pembeli anda.
3.Keuntungan 100% milik anda
Siapa yang anda hendak beri komisyen jika tolong jualkan ebook anda ,anda tetap untung kerana ebook ini adalah milik anda 100%
4.Melampaui sempadan
Bila ebook anda berada di online bermakna anda sudah meletakkan ebook anda di seluruh dunia.Ebook berbahsa Melayu mungkin akan dibeli oleh pelanggan di Amerika Syarikat yang mana orang Melayu ramai juga yang tinggal di sana.
5.Ciri keselamatan
Ebook anda boleh di lindungi dengan ciri-ciri keselamatan apabila anda meletakkan password yang mana pembeli anda sahaja yang mengetahui password tersebut.
Tags: ebook


