Rahsia Perniagaan Digital
Powered by MaxBlogPress  
Home     Wordpress     Codex

Apa itu Ebook

May 20th, 2008 by admin | Filed under ebook.

koleksi ebookDalam bahasa Inggeris adalah ‘electronic book’.Bila disingkatkan jadi lah e-book.Dalam bahasa Malaysia ‘buku elektonik’.

Buku biasa mempunyai ciri-ciri boleh dipegang,selak,berjisim,dan mereput.Ebook lahir dalam elektronik berbentuk digital.Ia hanya dapat dilihat ,tak boleh dipegang (tapi boleh juga jika anda cetak kepada A4).

Kerana bersifat digital ebook tidak menunjukkan belang nya didunia nyata.Tetapi di internet ia adalah produk yang cukup hangat.Bila anda melayari internet sudah pasti anda akan menemui ebook,samada untuk diberikan percuma atau untuk dijual.

Di Malaysia kita ada tokoh usahawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, Zul Smartusaha, Zamri Nayan, Team SaifulSham,Mohd.Amirol,Amirul Faisyal,Maizul,Kak Galadriel,Alang,Syed Ikhwan,Sham Raja Adsense,Gobala Krishnan dan ramai lagi.Mereka ini sudah mencipta beberapa produk sendiri dalam bentuk ebook.Peluang perniagaan di internet memang ada melalui ebook.

Oleh kerana sifat digital,ia boleh disimpan dalam medium CD,pendrive,hard disk(dalam komputer),Kindle,dan yang terkini dalam handphone.Bermakna anda boleh bawa berpuluh-puluh buku bersama anda tanpa rasa berat sedikit pun.Jika menggunakan laptop anda boleh baca di dalam LRT.Best kan.!

Kos membina ebook sangat nipis.Modal yang perlu ada adalah komputer (boleh pakai khidmat cyber cafe kalau tak ada komputer di rumah) dan kemahiran menggunakan Microsoft Word. Jika nak mudah lagi ada software yang boleh membina ebook dengan cekap. Tapi nanti saya terangkan sedikit bagaimana mencipta ebook menggunakan Microsoft Word.

Jika banyak sangat maklumat nak disampaikan, ebook adalah jawapan nya.Nanti saya terangkan cara membuat nya menggunakan Microsoft Word melalui ebook.Sebab tak cukup rasa nya kalau diterangkan dalam post yang sebegini.

Untuk membaca ebook anda mesti menggunakan perisian pembaca. Ada dua format perisian iaitu pdf dan compiler.Kedua-dua perisian pembaca ini diberikan percuma juga,yang mana anda mesti download ke dalam komputer.

Ini link untuk anda download pembaca pdf. Adobe Reader

http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Oleh kerana ebook datang dalam bentuk digital, maka secara tidak langsung ia boleh mempamerkan kandungan nya dalam bentuk grafik,audio,video,dan pautan link dengan laman web atau mukasurat web yang lain asalkan anda berinternet.

Itulah ebook,sebuah buku elektronik yang mempunyai maklumat yang tanpa batas sempadan.

Tags: ,

Share Your Thoughts