Entries Tagged 'tip menulis ebook' ↓
June 7th, 2008 — tip menulis ebook
Cara mudah dan cepat mencipta ebook boleh dilakukan dengan menjadi ahli kepada beberapa publisher.
Salah satu tempat yang baik adalah melalui Internet Marketing Database yang di kumpul oleh Bryan Winters.Anda perlu melabur sedikt wang (USD27 sebulan) untuk menjadi ahli nya.
Link laman webnya ada di sini
Anda diberi pelbagai jenis ebook yang boleh anda jualnya semula tanpa perlu menulis ,lantas menjimatkan masa anda.Malah letaklah harga yang anda suka.Apa yang yang perlu dilakukan seterusnya adalah cuma menggiatkan promosi sahaja.
Terdapat banyak topik yang saya rasa anda pasti tak ketahuan mana nak pilh .Apa perlu dirisaukan…pilih saja mana yang anda mahu.Ini sebahagian produk terbaru pada bulan May 2008.
- 300 Article Pack
- Owning A cat
- Playing Piano
- 12 Pre-Made Adsense Website
Andai anda rasa harga menjadi ahlinya mahal,satu cara untuk menampung pembayaran tersebut adalah dengan refer sekurang-kurangnya 3 orang. Anda dibayar USD10 jika berjaya menarik seorang menjadi ahlinya.Jadi kalau 3 orang sudah boleh membayar sebulan yuran ahli.
June 2nd, 2008 — tip menulis ebook
Membaca ebook di komputer biasanya menggunakan perisian pembaca dari Adobe© .Anda boleh mendapatkan pembaca ebook ini dengan percuma dari syarikat tersebut dan boleh terus simpan di dalam komputer anda.Setakat saya menulis pada tarikh ini versi yang terbaru adalah Adobe Reader 8.2.1 Windows XP English 22.4 MB.Jika anda klik download link d laman web tersebut,anda akan di berikan secara automatik media player nya sekali.Tetapi jika anda tidak mahu anda boleh uncheck media player pada kotak “check’ tersebut.
Sekarang mana-mana ebook yang anda download boleh dibaca,di cetak,dan diklik untuk ke laman web yang lain.Itu lah kelebihan membaca cara ebook.Dunia yang tiada batasan.
Bagi menghasilkan ebook yang boleh dibaca melalui Adobe Reader© , perlu dibuat format nya terlebih dahulu.Format tersebut dinamakan PDF bermaksud Portable Document File.Dalam bahasa Malaysia adalah Dokumen Fail Mudahalih.
Sebelum menghasilkan format PDF, anda menulis terlebih dahulu di Microsoft Word™. Daripada Microsoft Word™, anda baru menggunakan Primo PDF iaitu alat penukar kepada PDF.
June 1st, 2008 — tip menulis ebook
Salah satu maklumat yang boleh diperolehi untuk dimuatkan kedalam ebook ciptaan anda adalah melalui saluran seseorang atau sekumpulan yang pakar dalam bidang yang anda ingin tuliskan.
Para pakar ini boleh diperolehi dari sumber online ataupun offline.
Anda boleh menghubungi mereka melalui
- telefon
- emel
- instant messaging
- chat room
- forum
Apabila berjaya dihubungi perkara pertama adalah nyatakan tujuan anda sebenarnya adalah untuk mendapatkan maklumat bagi ebook yang bakal anda ciptakan. Dengan cara ini mereka akan mudah bekerjasama dengan anda.
Jika anda bertanya melalui telefon jangka masa yang elok adalah antara 1/2 jam hingga 1 jam lama nya.
Ada satu aplikasi yang boleh anda gunakan jika mahu menukarkan suara kepada text.Iannya dipanggil Voice Text.Tengok-tengok lah kalau ianya boleh anda gunakan.
Bila selesai semua maklumat yang dikumpul anda boleh terus membuat rangka yang sesuai supaya ebook anda nampak profesional.
Selamat Mencuba.
May 27th, 2008 — tip menulis ebook
Ada ketika apabila sampai satu masa anda rasa tersangkut dalam menghasilkan ebook.Ini berlaku kerana ada kekurangan unsur motivasi.Motivasi menulis bagaikan booster untuk bertindak kepada tahap seterusnya.
Bagi mengekalkan tahap motivasi yang tinggi untuk terus berkarya ada cara yang boleh dibuat.
- Berlaku jujur.Cerita lah secara jujur sesuatu perkara walaupun anda tahu ia akan mengundang parah.Contoh nya anda tak puas hati tentang pembaca yang selalu disuap apa saja maklumat berguna untuk mereka.Anda mahu mereka cari sendiri dan berusaha.Saya rasa ramai yang akan bersetuju dengan anda selepas ini.Atau anda akan mendapat maklum balas yang tak disangka-sangka.Akhirnya anda jadi bermotivasi.Cuba anda baca post yang ditulis oleh saudara Zul Smartusaha di sini dan anda akan saksikan maklumbalas yang diterima olehnya.
- Bersifat terbuka.Cuba tulis perkara yang agak terbuka untuk memberi peluang orang melihat anda.Contoh nya jika anda seorang atlit berjaya ,anda cerita lah tentang aktiviti tolong menolong membasuh pinggan,cuci rumah dan sebagainya.Ia tidak ada kena mngena langsung dengan kerjaya anda tetapi itu jugalah yang dilalui oleh lelaki yang lain.
- Berikan ganjaran.Jika anda telah selesai sesuatu penulisan ,jangan lupa berikan ganjaran atau hadiah untuk diri anda sendiri.Ini dapat mengekalkan tahap motivasi anda untuk menulis.Saya selalu beli 10 keping polibeg pokok jika saya dapat siap satu report walaupun saya tak publish lagi.
- Senaman.Bagi peluang badan anda bersenam.Ini boleh mengekalkan kecergasan badan dan minda.Minda anda perlu berehat seketika supaya dapat mengumpul idea dikemudian hari.
May 25th, 2008 — tip menulis ebook
Post ini adalah siri ke 2 tentang cara mentadbir penulisan anda.
1. Mempunyai tujuan
Menulis ebook perlu ada tujuan nya.Contoh saudara Zul Smartusaha menulis ebook pakej kit blogger adalah bertujuan untuk mendidik pembaca untuk memahirkan diri mereka dengan blog wordpress. Apabila membaca ebook tersebut anda tidak akan keliru dan bosan kerana akhirnya anda akan tahu daripada tak tahu langsung.
2. Tuliskan objektif anda
Ini adalah langkah yang penting dan jangan lepas pandang.Jika anda tidak menulis di kertas, dan pelekat di dinding,anda akan hilang fokus kerja menulis anda.Anda seharusnya hendaklah memastikan apa yang anda hendak kongsikan rahsia atau buah fikiran anda kepada mereka.
Dan yang paling penting anda hendak lah laksanakan apa yang anda sudah pastikan tadi.Jika anda berada pada landasan ini saya gerenti anda dapat menambah idea lagi.
3. Buat outline
Saya selalu nak menulis dengan tergesa-gesa.Betul cakap ni. Saya kadang-kadang nak siap cepat ebook supaya di luar sana dapat membaca.Akhirnya banyak projek saya terbengkalai.
Bila di kaji balik rupanya saya tak buat outline kerja saya.Jadi saya tak tahu mana dulu nak tulis dan mana satu yang tertinggal.Oleh itu…
Cuba buat begini : Tajuk : 10 Kelebihan Menggunakan E Writer Pro
- ikon senang di lihat
- cepat dari Microsoft Word
- jimat masa
- point
- ada master resell rights
- ada ecover
- kelebihan 5
- kelebihan 6
- kelebihan 7
- kelebihan 9
- kelebihan 9
- kelebihan 10
Begitu lah seterusnya sampai anda sudah mempunyai maklumat yang cukup hebat untuk dipersembahkan nanti.
Selamat mencuba.
May 23rd, 2008 — tip menulis ebook
Jika anda mentadbir atau mengurus penulisan ebook sebelum anda bertindak menjual nya, maka anda telah berada pada jalan yang betul .Kerja penulisan akan menjadi begitu mudah sekali.
Jadi, bagaimana caranya anda dapat mentadbir kerja menulis ini?
Katakan sekarang anda sudah ada topik untukmenulis.Maka langkah seterusnya sudah tentulah mentadbir dan menyusun supaya ebook anda nampak profesional.
Ingatkan diri anda.Apabila anda bersedia menulis sentiasalah mengingatkan diri anda tentang perkara berikut.
- apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada pembaca?
- apakah fokus ebook anda?
- apa yang membezakan ebook anda dengan pesaing?
- jenis kajian yang bagaimana anda perlu buat untuk menghasilkan ebook anda?
- boleh percayakah ebook anda dimata pembaca tentang apa yang anda ingin sampaikan?
Cari pasaran ebook anda.Perkara yang ditakuti oleh kita semua adalah kalau ebook tak laku.Bagus;ah jika anda rasa begitu kerana ini bermakna anda bersedia untuk mengenalpasti dahulu berapa ramai yang berminat tentang topik anda.Produk yang bernilai RM10 hingga RM30 nampak murah tetapi anda tetap untung kerana terdapat kira-kira 15,000 orang yang mencari nya.Jika anda berjaya jual kepada 1500 orang anda sudah dapat RM1500 untuk satu ebook kalau lah ebook anda berharga RM10 sebuah.
Bezakan ebook dari pesaing.Ebook anda mesti unik dari pesaing.Oleh itu penulisan ebook anda mengandungi ciri-ciri sama ada
- istimewa dan tidak terdapat di mana pasaran pun.hanya boleh didapati melalui anda sahaja
- ada tawaran bonus yang sukar dilepaskan
- ada format contoh nya ebook anda jika dibeli boleh mendatangkan pendapatan berulangan kepada pembaca
May 22nd, 2008 — tip menulis ebook
Topik dah ada,tapi tak tahu pulak nak tulis apa.
Anda biasa alami tak perkara sebegini ? Kalau tanya saya, memang selalu otak saya kena block hal-hal macam ni.Untuk mengatasi hal macam ni,saya cuba lah mencari apakah ada rahsia yang dapat membongkarkan masalah ini.
Akhirnya saya jumpa sedikit sebanyak cara nak bina idea
- Cungkil daripada rakan.Jika saya nak buat topik ‘buat duit‘ saya lawati blog rakan-rakan yang otai tentang teknik buat duit.Ambil sedikit sebanyak idea mereka dan olah menjadi gaya saya sendiri.Pada saya idea bukan lagi hak milik seseorang 100%,tetapi tulisan di ebook barulah hakcipta anda sendiri.
- Menggunakan pengalaman masa silam.Jika nak buat topik pasal rumahtangga bahagia cuba gunakan pengalaman ngeri dan peristiwa krisis rumahtangga sebagai maklumat untuk ebook.Boleh juga bertanya kawan-kawan tentang kehidupan krisis rumahtangga.Hasilnya anda boleh mencipta ebook panduan mengelak krisis rumahtangga.Macam mana? Ok tak? OK lah tuu…!
- Menjadi pendengar yang baik.Mendengar lebih efisyen daripada anda terus mendominasi perbualan,kerana anda akan mengumpul maklumat yang banyak.Apa pun nanti anda yang akan tapis apa yang nak anda gunakan di dalam ebook nanti.Katakan anda dah pilih topik remaja ..cubalah pergi ke pusat beli belah dan bertenggek berhampiran mereka,kemudian dengar apa yang mereka cerita.Mesti ada banyak topik yang panas-panas sebab mereka ini lebih open dalam perbualan.
- Tengok TV atau Wayang. Astro salah satu tempat anda boleh dapat maklumat.Contoh nya anda melihat Discovery Channel tentang suku asli di Nusantara.Di andaikan topik yang anda nak buat adalah tentang pelancongan di Malaysia, anda boleh tambah lebih niche lagi dengan topik orang asli di Malaysia yang boleh di kunjungi oleh pelancong untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
- Bermain dengan abjad.Mula dengan huruf A, dan topik anda adalah ‘jodoh’ maka A-andartu, B-bujang, C-cemburu, D-duda, E-engagement, F-fasakh dan seterusnya.
- Jalankan temuduga.Senarai beberapa soalan tentang topik pilihan dan kemudian ajukan soalan kepada sesiapa saja di group,atau forum,atau blog anda sendiri.Dah dapat maklumbalas boleh lah digubah menjadi sebuah ebook.
May 21st, 2008 — tip menulis ebook
Ebook mengenai ‘bagaimana hendak menghasilkan ebook’ banyak sudah terdapat di pasaran.Antara yang saya suka adalah Rahsia Penulis Ebook hasil karya Shamsuriyadi.
Ebook mengenai ‘bagaimana hendak menulis ebook’ adalah satu lagi aspek yang kurang mendapat perhatian.Setiap penulis memiliki teknik mereka yang sendiri.
Tetapi bagaimana jika anda mengalami kebuntuan idea? Apa yang nak di tulis?
Beberapa tip di bawah mungkin menyuluh jalan untuk anda.
- Buat Duit. Topik yang cukup panas.Jika anda ada formula buat duit di internet kongsikan bersama orang lain dengan menghasilkan ebook buat duit.
- Hobi/Kraftangan. Semua ada kemahiran dan hobi.Katakan hobi anda adalah ‘termenung‘(ini saya biasa jumpa di majalah URTV masa saya remaja dulu dalam ruang Kembang Setaman),ceritakanlah teknik termenung yang menghiburkan atau boleh dihasilkan satu ebook cerita pendek .Kemudian jual lah dalam forum novel.
- Teknologi.Katakan anda membeli kamera digital.Kemudian anda bawa pulang dan cuba menggunakan nya.Tetapi ada ketika anda mengalami masalah dengan nya.Terlalu banyak arahan dan ciri-ciri yang anda tidak faham.Kalau lah ada ebook yang menerangkan cara yang mudah,pantas dan menyeronokkan,sudah pasti ramai yang mahu membelinya.
- Membeli Belah Cara Online.Ramai yang masih takut ditipu,atau tak tahu macam mana nak beli cara online.Atau ramai yang nak tahu cara bina web kedai online.Hasilkan ebook maklumat supaya ramai yang yakin membelilah cara online.Kalau nak niche lagi,buat ebook tentang membeli dan menjual di Lelong.com.
- Dating/Perhubungan.Bagaimana hendak kekal hingga ke anak cucu,bagaimana mencari teman,bagaimana mengelak perceraian atau bagaimana menjadi ibubapa yang baik.Ini topik yang orang suka.Anda bolah cari ilham jika anda teroka laman web sosial.